Monday, August 9, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI

 
Esok atau lusa  merupakan Ramadhan yang pertama dan bermulalah ibadah yang sentiasa di tunggu tunggu oleh umat Islam yang mendambakan keredhaan ilahi. Pastinya juga esok akan bermula episod baru untuk peniaga mercun memulakan acara bagi membekalkan mercun yang sentiasa juga dinantikan oleh golongan kanak-kanak mahupun remaja bagi mengimarahkan sambutan bulan ini dan juga Aidilfitri dengan cara yang tersendiri. Adakah aktiviti ini positif?.
 
Apabila tiba Ramadhan yang mulia ini, kita akan sentiasa dikejutkan insiden kemalangan yang melibatkan mercun...terutamanya mercun buatan sendiri. Kebetulan pula insiden yang berlaku sebelum ini biasanya melibatkan rakyat di sebelah pantai timur semenanjung Malaysia ini. Adakah ini berlaku secara kebetulan atau remaja di pantai timur ini boleh diklasifikasikan sebagai kreatif? Sudah semestinya pelbagai versi akan timbul apabila membicarakan persoalan ini.

Sama-samalah kita berdoa agar insiden kemalangan yang melibatkan mercun dapat di hindari kerana yang pastinya pihak hospital tidak perlu dibebankan dengan permasalahan ini di kala mereka berhempas pulas untuk menangani kes-kes lain yang semakin meningkat.

Bazar Ramadan juga tumbuh bagai cendawan...menghidangkan pelbagai juadah yang amat menyelerakan tatkala ditatap di siang hari..namun auranya bakal menjadi sebaliknya di ketika waktu berbuka puasa...kerana yang nyata ramai dari kita berbelanja mengikut nafsu bukan berdasarkan keperluan. Pelbagai juadah yang jarang kita jumpa...akan timbul kembali di bulan ramadan ini. Namun begitu...persoalan harga dan kebersihan merupakan isu pokok perlu dititikberatkan oleh semua.

Akhir selamat berpuasa...semoga puasa kita semua akan mendapat ganjaranNya.

No comments:

Post a Comment