Thursday, August 19, 2010

AIR TEBU....

Setakat 8 hari berpuasa pada Ramadan kali ini, air tebu masih lagi tetap menjadi air rasmi berbuka puasa bagi keluarga syahrul hezrin. Memang benar kata orang tua...ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi...kegemaran meminum air tebu sejak dari kecil lagi kini telah juga dipelopori oleh kedua-dua anakku...bapa borek anak rintik....
Sepanjang pengalaman hampir 90% usia ini..mengemari air tebu..ada beberapa indikator untuk menentukan kualiti rasa air tebu tersebut....yang paling ketara ialah warna air tersebut...warna sepertimana gambar yang paling atas sekali mempunyai rasa paling enak.. disamping itu juga..air tebu yang baik perlulah datang dari batang tebu yang diproses dengan baik dengan membuang kulit luar tebu tersebut dengan rapi serta perlu dihindari dari sebarang kekotoran.

Berapa harga air tebu ? sehingga ke saat ini majoriti penjual di Kuala Terengganu masih menjual dengan harga RM 1 satu gelas. Ada juga yang menjual dengan harga RM 1.50 tanpa ais.

Bagi saya...setakat ini air tebu yang paling best ialah di Kg. Losong di tepi jalan sebelah kiri menuju ke Taman Tamadun Islam...setakat ini rasanya masih lagi konsisten.

Kalau mengikut penampilan air tebu di atas...ianya juga boleh dikatakan mempunyai rasa yang hebat.

Dari segi akademiknya, berdasarkan wikipedia....Tebu merupakan dari keluarga rumput yang berasal dari Asia Tenggara. Batangnya yang tebal menyimpan sukrose dalam batangnya. Dari cecair ini gula dihasilkan dengan mengeringkan airnya. Gula yang dikristalkan telah dilaporkan semenjak 2500 tahun dahulu di India. Biasanya, tebu yang bengkok adalah kurang manis berbanding tebu yang batangnya lurus. Kebanyakan tebu yang biasa dilihat adalah tebu yang berwarna kuning dan juga tebu yang berwana hitam. Sekitar abad ke-8 A.D. orang-oramg Arab memperkenalkan gula ke Mediterranean dan dari situ ia ditanam di Sepanyol. Ia merupakan salah satu tanaman terawal yang di bawa ke Amerika oleh orang-orang Sepanyol.

Wednesday, August 18, 2010

SAJAK ANAKKU.........

Perlu penghayatan kita semua. Satu sajak sentuhan qalbu...

Tuesday, August 10, 2010

NEKBAT

Bila datangnya Ramadan di Terengganu...perkataan Nekbat terus popular kembali selepas hampir setahun dilupakan. Nekbat satu nama yang cukup unik dan ramai yang tertanya tentang identiti sebenar si empunya nama.

Saya mengenali Nekbat semenjak dari kecil lagi...namun begitu generasi baru kian melupakannya.

Kuih nekbat ini sebenarnya diperbuat daripada tepung beras dan juga telur. Kuih ini pada kebiasaannya disediakan dalam dua fasa.Pada fasa pertama, adunan tepung akan dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti baulu yang mempunyai rasa tawar dan lebih keras. Apabila sudah kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk dihidangkan. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan .

Manakala untuk fasa yang kedua pula, kuih nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan mudah hancur. Nekbat juga amat enak apabila disejukkan terlebih dahulu di dalam peti ais.

Berikut ialah resepi untuk nekbat sebagaimana http://www.sajionline.com.my/index.php/kuih-muih-othermenu-116/207-nekbat.html

Bahan-bahannya:

1kg tepung beras
12bj telur ayam
500g gula
5 helai daun pandan

Cara menyediakannya:

Tepung beras di sanggai dengan api sederhana sehingga kering. Biarkan ianya sejuk. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.

Panaskan acuan dan sapu acuan dengan minyak kemudian taburkan sedikit tepung didalam adunan telur sedikit demi sedikit.

Tuang adunan tepung ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.

Untuk siranya, masukkan 2 gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih, masukkan nekbat yang telah siap dibakar.

*10 sudu besar gula untuk 10 biji kuih nekbat.

Penyakit Kencing Tikus (Leptospirosis)

Baru-baru ini kita dikejutkan oleh berita dari media massa beberapa orang telah terkorban akibat daripada penyakit kencing tikus. Kebanyakkan jangkitan ialah berpunca dari tempat perkelahan yang mempunyai air terjun dan anak sungai. Berita ini sedikit-sebanyak telah menimbulkan perasaan tanda tanya berkenaan penyakit ini...

Berikut ialah sedikit info yang saya dapati dari http://www.btdm.net/arkib2/09/may/seksyen9.pdf. Semoga sedikit sebanyak meningkatkan kefahaman kita berkenaan jangkitan dan langkah pencegahan dari penyakit ini.

Penyakit “kencing tikus” atau nama sebenarnya adalah penyakit Leptospirosis adalah suatu penyakit infeksi akut yang disebabkan suatu jasad renik tertentu yang dinamakan Leptospira. Leptospirosis dapat menyerang manusia atau haiwan dan digolongkan sebagai penyakit zoonosis, ertinya menular dari haiwan ke manusia, dan penularan ini sering terjadi secara kebetulan. Penyakit Leptospirosis ini masih menjadi permasalahan kesihatan masyarakat terutama di negara tropis dan subtropis di negara berkembang. Hal ini akibat antara lain curahan hujan yang tinggi, kesihatan lingkungan yang kurang baik, terutama berkait dengan masalah sampah.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bahayakencingtikus/Article/index pula memperincikan penyakit ini sebagaimana berikut :
LEPTOSPIROSIS atau jangkitan yang dibawa haiwan, termasuk daripada keluarga tikus dikategorikan sebagai jarang berlaku biarpun ia sebenarnya bukanlah asing kepada penduduk negara ini. Pada Mei tahun lalu misalnya, kita dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang. 
Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir. Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika. Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat. 

Di antara faktor risikonya adalah:
  • 1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran - misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
  • 2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
  • 3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Gejala:
  • 1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
  • 2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
  • 3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 - 100 peratus pesakit.
  • 4) Batuk tidak berkahak ( 25 - 35 peratus pesakit)
  • 5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
  • 6) Radang selaput mata
  • 7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber - Infosihat.gov.my)


INFO: Leptospirosis
  • Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.
  • Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti
  • Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.
  • Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.
  • Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

Berdasarkan kepada sedikit info yang dibentangkan di sini..sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita semua tentang bahaya dari penyakit ini. Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengarahkan kepada agensi yang berkenaan tentang status WAJIB LAPOR jika berlaku kes ini sebagaimana yang telah dilakukan untuk kes DENGGI. Semoga penyakit ini tidak terus merebak dan menjadi satu lagi malapetaka kesihatan sebagaimana wabak H1N1 sebelum ini.

Monday, August 9, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI

 
Esok atau lusa  merupakan Ramadhan yang pertama dan bermulalah ibadah yang sentiasa di tunggu tunggu oleh umat Islam yang mendambakan keredhaan ilahi. Pastinya juga esok akan bermula episod baru untuk peniaga mercun memulakan acara bagi membekalkan mercun yang sentiasa juga dinantikan oleh golongan kanak-kanak mahupun remaja bagi mengimarahkan sambutan bulan ini dan juga Aidilfitri dengan cara yang tersendiri. Adakah aktiviti ini positif?.
 
Apabila tiba Ramadhan yang mulia ini, kita akan sentiasa dikejutkan insiden kemalangan yang melibatkan mercun...terutamanya mercun buatan sendiri. Kebetulan pula insiden yang berlaku sebelum ini biasanya melibatkan rakyat di sebelah pantai timur semenanjung Malaysia ini. Adakah ini berlaku secara kebetulan atau remaja di pantai timur ini boleh diklasifikasikan sebagai kreatif? Sudah semestinya pelbagai versi akan timbul apabila membicarakan persoalan ini.

Sama-samalah kita berdoa agar insiden kemalangan yang melibatkan mercun dapat di hindari kerana yang pastinya pihak hospital tidak perlu dibebankan dengan permasalahan ini di kala mereka berhempas pulas untuk menangani kes-kes lain yang semakin meningkat.

Bazar Ramadan juga tumbuh bagai cendawan...menghidangkan pelbagai juadah yang amat menyelerakan tatkala ditatap di siang hari..namun auranya bakal menjadi sebaliknya di ketika waktu berbuka puasa...kerana yang nyata ramai dari kita berbelanja mengikut nafsu bukan berdasarkan keperluan. Pelbagai juadah yang jarang kita jumpa...akan timbul kembali di bulan ramadan ini. Namun begitu...persoalan harga dan kebersihan merupakan isu pokok perlu dititikberatkan oleh semua.

Akhir selamat berpuasa...semoga puasa kita semua akan mendapat ganjaranNya.

Sunday, August 1, 2010

PERLU BOIKOT KEDAI MAKAN ?


Customer always right...customer is the king...inilah ungkapan yang sepatutnya diperhalusi oleh peniaga didalam erti perkhidmatan terhadap pelanggan. Kenapa begitu ? wang ringgit adalah datangnya dari pelanggan. Tanpa pelanggan siapalah peniaga?

Konsep layan diri merupakan satu inovasi didalam perniagaan makanan dan ianya sudah tentu memudahkan peniaga dan seterusnya mengurangkan kos mereka. Susulan dari itu, harga makanan patut diturunkan kerana ianya sedikit sebanyak menyusahkan pelanggan. Adakah peniaga menurunkan harga? Perlukah pengguna menggunakan kuasa sebagai pengguna agar peniaga benar-benar faham konsep ini?


Kita kadang-kadang diperlekehkan oleh peniaga dengan memberi perkhidmatan yang tidak efisien, terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan makanan, malah terpaksa menunggu lama untuk membayar harga makanan. Kenapa perkara ini berlaku? tepuk dada, tanya selera......

PROGRAM TANPA ATURCARA


Setiap program yang dianjurkan biasanya mempunyai aturcara atau tentative program. Ianya merupakan satu panduan perjalanan program tersebut bagi kemudahan pihak penganjur dan peserta. Aturcara program yang disertakan juga sedikit sebanyak memperlihatkan profesionalisme di dalam konteks event management tersebut.

31 Julai 2010, saya terlibat untuk menghantar anak-anak bagi tujuan persembahan untuk program yang dianjurkan oleh Agensi TASKA tempat mereka di asuh. Seperti biasa, saya sentiasa memberi komitmen dan sokongan terhadap sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak TASKA. Sekalung tahniah kepada pihak TASKA kerana sentiasa menganjurkan pelbagai program yang mampu mengasah semangat berpasukan, kepimpinan dan semua sikap positif dikalangan kanak-kanak.

Namun begitu, sedikit penambahbaikkan yang perlu diberi fokus didalam setiap penganjuran program ialah pemberitahuan secara bertulis kepada ibu bapa serta yang tidak kurang penting juga ialah aturcara program. Aturcara program ini amat penting untuk ibu bapa merancang keperluan anak-anak kecil ketika hari program.