Tuesday, August 10, 2010

NEKBAT

Bila datangnya Ramadan di Terengganu...perkataan Nekbat terus popular kembali selepas hampir setahun dilupakan. Nekbat satu nama yang cukup unik dan ramai yang tertanya tentang identiti sebenar si empunya nama.

Saya mengenali Nekbat semenjak dari kecil lagi...namun begitu generasi baru kian melupakannya.

Kuih nekbat ini sebenarnya diperbuat daripada tepung beras dan juga telur. Kuih ini pada kebiasaannya disediakan dalam dua fasa.Pada fasa pertama, adunan tepung akan dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti baulu yang mempunyai rasa tawar dan lebih keras. Apabila sudah kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk dihidangkan. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan .

Manakala untuk fasa yang kedua pula, kuih nekbat ini akan disira dalam air gula yang dimasak dengan daun pandan dan cengkih bagi memberi bau wangi dan dibiarkan jelira sebelum dihidangkan berkuah dengan air gula. Nekbat yang telah disira tidak boleh dibiarkan lama, kerana ia akan menjadi kembang dan mudah hancur. Nekbat juga amat enak apabila disejukkan terlebih dahulu di dalam peti ais.

Berikut ialah resepi untuk nekbat sebagaimana http://www.sajionline.com.my/index.php/kuih-muih-othermenu-116/207-nekbat.html

Bahan-bahannya:

1kg tepung beras
12bj telur ayam
500g gula
5 helai daun pandan

Cara menyediakannya:

Tepung beras di sanggai dengan api sederhana sehingga kering. Biarkan ianya sejuk. Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.

Panaskan acuan dan sapu acuan dengan minyak kemudian taburkan sedikit tepung didalam adunan telur sedikit demi sedikit.

Tuang adunan tepung ke dalam acuan dan bakar hingga kuning.

Untuk siranya, masukkan 2 gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih, masukkan nekbat yang telah siap dibakar.

*10 sudu besar gula untuk 10 biji kuih nekbat.

No comments:

Post a Comment