Sunday, August 1, 2010

PROGRAM TANPA ATURCARA


Setiap program yang dianjurkan biasanya mempunyai aturcara atau tentative program. Ianya merupakan satu panduan perjalanan program tersebut bagi kemudahan pihak penganjur dan peserta. Aturcara program yang disertakan juga sedikit sebanyak memperlihatkan profesionalisme di dalam konteks event management tersebut.

31 Julai 2010, saya terlibat untuk menghantar anak-anak bagi tujuan persembahan untuk program yang dianjurkan oleh Agensi TASKA tempat mereka di asuh. Seperti biasa, saya sentiasa memberi komitmen dan sokongan terhadap sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak TASKA. Sekalung tahniah kepada pihak TASKA kerana sentiasa menganjurkan pelbagai program yang mampu mengasah semangat berpasukan, kepimpinan dan semua sikap positif dikalangan kanak-kanak.

Namun begitu, sedikit penambahbaikkan yang perlu diberi fokus didalam setiap penganjuran program ialah pemberitahuan secara bertulis kepada ibu bapa serta yang tidak kurang penting juga ialah aturcara program. Aturcara program ini amat penting untuk ibu bapa merancang keperluan anak-anak kecil ketika hari program.

No comments:

Post a Comment