Tuesday, August 10, 2010

Penyakit Kencing Tikus (Leptospirosis)

Baru-baru ini kita dikejutkan oleh berita dari media massa beberapa orang telah terkorban akibat daripada penyakit kencing tikus. Kebanyakkan jangkitan ialah berpunca dari tempat perkelahan yang mempunyai air terjun dan anak sungai. Berita ini sedikit-sebanyak telah menimbulkan perasaan tanda tanya berkenaan penyakit ini...

Berikut ialah sedikit info yang saya dapati dari http://www.btdm.net/arkib2/09/may/seksyen9.pdf. Semoga sedikit sebanyak meningkatkan kefahaman kita berkenaan jangkitan dan langkah pencegahan dari penyakit ini.

Penyakit “kencing tikus” atau nama sebenarnya adalah penyakit Leptospirosis adalah suatu penyakit infeksi akut yang disebabkan suatu jasad renik tertentu yang dinamakan Leptospira. Leptospirosis dapat menyerang manusia atau haiwan dan digolongkan sebagai penyakit zoonosis, ertinya menular dari haiwan ke manusia, dan penularan ini sering terjadi secara kebetulan. Penyakit Leptospirosis ini masih menjadi permasalahan kesihatan masyarakat terutama di negara tropis dan subtropis di negara berkembang. Hal ini akibat antara lain curahan hujan yang tinggi, kesihatan lingkungan yang kurang baik, terutama berkait dengan masalah sampah.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bahayakencingtikus/Article/index pula memperincikan penyakit ini sebagaimana berikut :
LEPTOSPIROSIS atau jangkitan yang dibawa haiwan, termasuk daripada keluarga tikus dikategorikan sebagai jarang berlaku biarpun ia sebenarnya bukanlah asing kepada penduduk negara ini. Pada Mei tahun lalu misalnya, kita dikejutkan dengan jangkitan leptospirosis membabitkan enam tahanan warga Myanmar di Depoh Tahanan Imigresen, Juru Pulau Pinang. 
Kes leptospirosis biasanya meningkat apabila musim hujan atau banjir. Bagaimanapun, sehingga kini tiada rekod jumlah kes sebenar leptospirosis yang berlaku di seluruh dunia. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebaliknya cuma memberi anggaran kes antara 0.1 atau 1 kes per 100 000 penduduk setahun di kawasan tropika. Tanpa alasan yang kukuh, leptospirosis selalu terlepas pandang dan tidak banyak laporan mengenainya dibuat. 

Di antara faktor risikonya adalah:
  • 1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran - misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
  • 2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
  • 3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
Gejala:
  • 1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
  • 2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
  • 3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 - 100 peratus pesakit.
  • 4) Batuk tidak berkahak ( 25 - 35 peratus pesakit)
  • 5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
  • 6) Radang selaput mata
  • 7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber - Infosihat.gov.my)


INFO: Leptospirosis
  • Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.
  • Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti
  • Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.
  • Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.
  • Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.

Berdasarkan kepada sedikit info yang dibentangkan di sini..sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita semua tentang bahaya dari penyakit ini. Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengarahkan kepada agensi yang berkenaan tentang status WAJIB LAPOR jika berlaku kes ini sebagaimana yang telah dilakukan untuk kes DENGGI. Semoga penyakit ini tidak terus merebak dan menjadi satu lagi malapetaka kesihatan sebagaimana wabak H1N1 sebelum ini.

No comments:

Post a Comment