Thursday, August 13, 2009

Selamat Berpuasa & Hari Kemerdekaan

Untuk kesekian kalinya...ramadhan bakal menjelma dan di dalam tempoh tersebut negara kita akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 52. Kedua-dua perkara ini mempunyai erti dan kesannya yang tersendiri terhadap diri kita semua.

Dengan kedatangan Ramadhan mubarak untuk kali yang ke 35 ini dalam hidup saya, ianya cukup bermakna kerana ianya membawa cabaran dan peluang yang perlu di tempuhi dan nikmati. Selain untuk lebih mendekatkan diri kepadaNya, ia juga secara tidak langsung akan menguji ketabahan dan juga jati diri kita. Pada bulan ini juga, saya bakal menyambut kelahiran cahayamata yang ke 3. Semoga ianya memberi rahmat yang tersendiri di dalam kehidupan ini yang sudah telah menghampiri separuh masa ke dua di dalam hayat normal seorang manusia.

Sambutan Kemerdekaan kali ini yang jatuh pada bulan Ramadhan, di harap sedikit sebanyak akan mendorong kita untuk lebih menghayati jerit perih generasi dahulu di dalam menempuhi era pra kemerdekaan dan juga usaha untuk mencapai kemerdekaan tersebut. Dengan bertemakan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, di harap ianya akan terus membawa kemakmuran kepada negara tercinta ini.

Dan pada tahun ini juga, sudah 2 tahun Jalur Gemilang Gergasi tidak berkibar megah di atas Bukit Besar kerana barangkali tiada agensi yang sanggup untuk meneruskan sambutan sebegitu rupa yang telah dipelopori oleh KYT sejak tahun 2005 lagi. Program yang saya namakan sebagai Semarak Aspirasi Patriot ini telah tiga tahun berturut-turut diadakan dan siri yang terakhir telah diadakan pada tahun 2007 yang lalu dengan diserikan dengan pertambahan acara Climbathon Merdeka.

Kenangan penganjuran program yang unik dan penuh dengan simbolik dan makna yang tersendiri ini cukup bermakna kerana usaha yang murni ini patut diteruskan lagi kerana cabaran dan halangan merealisasikan program sebegini juga merupakan penghayatan terhadap makna kemerdekaan tersebut.

5 comments:

  1. when reading ur blog, first at all mr.syahrul hezrin, u r a good blogger. ur blog is diffrent with others. kindly a good motivator. day by day u will come out with new think at ur blog. I've been keep-looking to ur blog for a week, quitely nice n always give me something to thing before sleep. Congratulation for ur becoming child, neither boy or gurl, i hope everything will getting fine. u r a good father and a responsible husband. hehehe. About the independence day, i wish what u have been doing before, will be continue by some person someday. that is very nice idea n the best idea in state i've ever seen. That show all respect to the country that we love. have a good time sir. Keep blogging.

    ReplyDelete
  2. TQ..BOB..4 for ur constructive comments and encouragement...

    ReplyDelete
  3. en.sharul..gmbr sy n the geng x pom lam gmbo tu....huhuhu

    ReplyDelete
  4. kalau ada gambar yg sesuai utk cover pada blog nie..pls sent to me..for example ur selling presentation..may be i can touch a bit on that..

    ReplyDelete