Monday, August 17, 2009

H1N1 & Bunga Lawang (Illicium Verum)

Wabak H1N1 semakin mengganas, saban hari kita mendengar pertambahan kematian, kes di jangkiti dan juga institusi yang di kuarantin. Perkembangan ini sedikit sebanyak telah membimbangkan kita semua.

Berdasarkan maklumat dari rakan saya, Dr. Norzila....berikut di petik posting dari Facebook beliau.."WHO kata lebih 5 juta atau 20% rakyat malaysia dijangkiti H1N1 & penularan wabak ini akan berlarutan 6 bulan hingga 1 tahun lagi...hati2 di musim tengkujuh nanti...risiko jangkitan akan bertambah...sama2 lah kita mengambil langkah pencegahan penularan H1N1 ini".

Di samping info tentang 'projection' halatuju virus ini di masa akan datang berdasarkan sumber WHO di atas, kita sedikit sebanyak agak lega seakan-akan adanya penahan semulajadi untuk jangkitan virus ini sebagaimana posting facebook Dr. Norzila berikut....

"Salam ini dapat info terbaru : tau dok tamiflu (ubat antiviral) dibuat dari ape? BUNGA LAWANG...ambil 3-5 kuntum bunga lawang & rendam dalam air sejuk biase selama 3 hari (bunga tu akan tenggelam dlm 3 hari)..minum air nye selepas selawat 3 kali, minum 3 k"



Bunga lawang merupakan salah satu ramuan rempah ratus yang terdapat di dalam masakan kita seperti nasi minyak dan sup.Kebiasaannya saya terjumpa kelibat bunga lawang ini ketika menikmati sup tulang. Adakah menikmati sup tulang yang di campur bunga lawang akan meningkatkan ketahanan kita terhadap virus ini juga ??.

Semoga harga bunga lawang selepas ini tidak melambung tinggi sebagaimana harga topeng.

No comments:

Post a Comment