Friday, August 21, 2009

RAMADHAN & MERCUN

Apabila tiba Ramadhan yang mulia ini, kita akan sentiasa dikejutkan insiden kemalangan yang melibatkan mercun...terutamanya mercun buatan sendiri. Kebetulan pula insiden yang berlaku sebelum ini biasanya melibatkan rakyat di sebelah pantai timur semenanjung Malaysia ini. Adakah ini berlaku secara kebetulan atau remaja di pantai timur ini boleh diklasifikasikan sebagai kreatif? Sudah semestinya pelbagai versi akan timbul apabila membicarakan persoalan ini.

Esok merupakan Ramadhan yang pertama dan bermulalah ibadah yang sentiasa di tunggu tunggu oleh umat Islam yang mendambakan keredhaan ilahi. Pastinya juga esok akan bermula episod baru untuk peniaga mercun memulakan acara bagi membekalkan mercun yang sentiasa juga dinantikan oleh golongan kanak-kanak mahupun remaja bagi mengimarahkan sambutan bulan ini dan juga Aidilfitri dengan cara yang tersendiri. Adakah aktiviti ini positif?.

Sama-samalah kita berdoa agar insiden kemalangan yang melibatkan mercun dapat di hindari kerana yang pastinya pihak hospital tidak perlu dibebankan dengan permasalahan ini di kala mereka berhempas pulas untuk menangani kes H1N1 yang semakin meningkat.

Akhir selamat berpuasa...semoga puasa kita semua akan mendapat ganjaranNya.

No comments:

Post a Comment