Thursday, September 17, 2009

SELAMAT HARI RAYA....

Hari Raya datang lagi dan ianya bakal memberikan pelbagai episod di dalam kehidupan kita. Sudah pastinya kanak-kanak yang paling gembira di hari mulia ini. Bagi dewasa pula, masing-masing mempunyai agenda yang tersendiri samada menziarah rakan dan taulan mahupun menerima kunjungan.

Namun, walau apa pun yang bakal dilakukan, janganlah kita lupa kepada insan malang di hari lebaran ini. Tidak manis rasanya apabila mereka berduka, kita bergembira.

Hati-hati di jalanraya dan ingatlah insan tersayang. Hati-hati juga apabila menjamah juadah hari raya...janganlah berlebihan kerana esok masih ada. Hati-hati juga terhadap H1N1 dan rasanya tidak salah untuk kita membeli topeng raya dan beraya juga dengannya.

Akhir sekali...Selamat Hari Raya...Maaf Zahir Batin...untuk pelajar sekalian janganlah lupa exam akan menjelma apabila selesai berhari raya.......

No comments:

Post a Comment