Saturday, March 27, 2010

DEMI MATAHARI ianya bukan sekadar lagu...

Sekarang baru aku tahu..lagu Demi Matahari yang selalu dinyanyikan oleh anakku, Insyirah, 6 tahun bukan sekadar lagu...ianya memerlukan penghayatan yang mendalam...ianya berkaitan dengan kehidupan sebagai hamba Mu di mukabumi ini.
ESQ Leadership Training pada 25-27 Mac 2010 yang lalu mengajar aku mengenali lagu DEMI MATAHARI,sebuah lagu yang di olah dari tafsir Quran Surah asy-syams iaitu surah matahari.

Peserta semua menyanyi dan sambil mengikuti gaya amat menusuk hati...ya ALLAH.. kebanyakkan peserta bergenang air mata kerana penghayatan yang mendalam tentang kekuasaan ALLAH swt ekoran dari keberkesanan modul yang diolah menggunakan kemudahan teknologi multimedia terkini. Inilah kali pertama dalam hidupku....satu trainig yang amat menusuk di kalbu. Amat terasa diri ini amat kerdil...masih banyak perlu dilakukan untuk mencapai mission statement yang abadi...............

Demi Matahari
Album : Di Pintu Langit
Munsyid : Snada
http://liriknasyid.com


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah



No comments:

Post a Comment