Tuesday, July 28, 2009

Usaha melahirkan Usahawan

INFO PROGRAM TUNAS MEKAR
Anjuran Bersama ICU JPM dan UITM
MAKLUMAN TERKINI:

Sejumlah RM 7 million telah diperuntukkan kepada ICU JPM menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Kedua untuk pelaksanan program Tunas Mekar tahun 2009. Selari dengan teras pertama PRE untuk menggurangkan pengangguran dan menambah peluang pekerjaan, seramai 500 orang graduan telah disasarkan bagi pelaksanaan program pusingan kedua.


Berdasarkan pengalaman program pusingan pertama yang mendapati peserta/graduan berjaya memulakan perniagaan sendiri dalam masa setahun setelah mengikuti program Tunas Mekar, maka untuk program pusingan kedua:


• penyertaan dibuka kepada semua graduan baru IPTA dan IPTS terpilih,

• Syarat kemasukkan ialah sekurang-kurangnya berkelulusan Diploma serta berminat dalam bidang perniagaan,

• Tempoh pelaksanaan program dipendekkan ke 12 bulan sahaja

No comments:

Post a Comment