DI KOMUNITI BESTARI MUKIM KEPONG/SERADA
14 – 17 MEI 2009
Program OPKIM: UiTM Masuk Ke Kampung di Komuniti Bestari Mukim Kepong/Serada, Parlimen Marang Terengganu yang melibatkan 80 keluarga dari 19 kampung di Mukim Kepong Serada telah berjaya diadakan pada 14 – 17 Mei 2009 yang lalu. Program ini telah disertai oleh 112 siswa dan siswi UiTM Kampus Kuala Terengganu.
Program ini bertujuan untuk menjalin hubungan strategik antara UiTM Kuala Terengganu dan komuniti dan seterusnya mendidik siswa/siswi ke realiti sebenar kehidupan masyarakat. Ianya juga akan menaikkan imej UiTM di mata komuniti melalui penganjuran program berbentuk ‘Corporate Social Responsibility”
Pelbagai program telah dijalankan bagi mencapai objektif yang telah digariskan. Perincian program yang telah dijalankan adalah sebagaimana berikut:
Majlis Perasmian
Majlis ini telah disempurnakan oleh wakil YB Alias Abdullah, ADUN Alur Limbat di Padang Astaka Kg. Banggol Katong
Forum ini melibatkan ahli panel terdiri dari YB Muhammad Ramli Nuh, Ustaz Fadzli Yusoff dan Ustaz Wahairi Mahmud. Ianya dipengerusikan oleh Ustaz Tuan Harun. Ianya telah menarik ramai pengunjung ke lokasi di Padang Astaka, Banggol Katong. Rakaman program telah dijalankan oleh Terengganu.FM
Program Motivasi & Misi Akademik
Explorace Belia
Program Gotong-Royong
Melibatkan aktiviti pembersihan kawasan serta mengecat infrastrukur sekitar Kg. Beladau Kepong, Jeti ternakan ikan dan Masjid Beladau
Lawatan Industri Desa
Persembahan Kebudayaan
Melibatkan persembahan kebudayaan lagu-lagu tradisional dari wakil kampung yang terlibat. Ianya diserikan dengan artis jemputan saudara Eddie Nazrin dan juga penglibatan komuniti setempat. Mendapat sambutan yang amat meriah.
Sesi Pendidikan Interaktif Kanak-Kanak Tadika KEMAS
Melibatkan 100 orang kanak-kanak Tadika KEMAS dari Tadika KEMAS di mukim ini. Melibatkan program berpendidikan berinteraktif.
Ceramah & Demonstrasi
Ceramah dan sesi demonstrasi yang dikendalikan oleh Hotel UiTM. Kurang mendapat sambutan kerana masa yang tidak sesuai.
Perasmian Penutup & Penyampaian Hadiah
Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan telah mendapat kerjasama dan sambutan yang amat menggalakkan dari komuniti setempat. Maklumbalas yang di terima menunjukkan bahawa program berbentuk khidmat masyarakat ini amat baik untuk diteruskan di masa akan datang. Di samping itu juga program OPKIM ini telah berjaya mendapat liputan di Sinar Harian, Terengganu FM dan juga RTM1. Selain manfaat program kepada komuniti setempat, warga Terengganu keseluruhannya telah mendapat manfaat dari program Forum Perdana yang dianjurkan kerana rakaman program ini telah disiarkan tiga minggu berturut-turut di Terengganu FM. Program Explorace Belia yang juga telah disaksikan seluruh rakyat Malaysia melalui liputan yang telah di buat pada Segmen Peristiwa di RTM 1
Secara keseluruhannya, Program OPKIM yang menggunakan peruntukan hampir 20 ribu ringgit telah berjaya mencapai matlamatnya melalui maklumbalas yang di terima di samping terdapat wakil dari komuniti lain turut mempelawa UiTMKT untuk mengadakan program yang serupa di kawasan mereka. Melalui penganjuran program seumpama ini, sedikit sebanyak akan memberi kesedaran kepada komuniti tentang kewujudan kampus UiTMKT ini.
salam....
ReplyDeleteprogram OPKIM nie mmg best..
kami cadangkan program nie dibuat setahun sekali sbg salah satu axtvt dlm kalendar uitm...
mesti gempak la..
cayala..
baru la org kenal uitmKT ..
assalamualaikum...actually program ni mmg bgs utk student.tp sy x berpeluang utk follow this program..harap dpt join utk next progrm.
ReplyDeleteyuhuuuuuuuu.....
ReplyDeletesaya salah seorang dlm peserta program Opkim nie..
yg sedihnya kn, knp x provide sijil untuk kami...
huhuhuhu. boleh nk wat kenang-kenangan pas dh graduate... btol x?????????
good experience, good relation, sweet memory and good reputation for u , UiTMKT
ReplyDeleteok, kami g follow up kAT hep k....
ReplyDeletesy suggest next sem uitm buat lak program something like that utk sy join skali...hehehh.n jgn laa amek bdk2 luar jekk.student ganu pom nk involve gak..
ReplyDeleteye2..sy sgt stuju..nk sijil...nk..
ReplyDeletemohon d adakn lg pada masa hadapan...
ReplyDeleteamat beerti dan bermakna tetapi tiada pghayatan dari pelajar...