Monday, November 21, 2011

Pulau Warisan, Terengganu

Menikmati pemandangan Pulau Duyong dari Pulau Warisan...walaupun kebanyakkannya telah berubah kerana arus kemodenan...namun bayu dan udara di situ masih lagi segar dan mendamaikan....

Alangkah indahnya zaman kanak-kanak....penuh kegembiraan tanpa sebarang persoalan hidup

Wednesday, July 13, 2011

GROUP & BLOG REGISTRATION BM1114A - JULY 2011

Please register your group name, members and blog url HERE.....
 TQ

Monday, April 4, 2011

Perodua MYVi VS Perodua Alza

Ketika husband & wife dating untuk breakfast...

Telah cedera ketika berusia kira2 3 bulan.....

Penumpang kereta-kereta tersebut....

Thursday, January 6, 2011

GROUP REGISTRATION FOR BM1114B

Please register your MGT300 group name and members HERE....

GROUP REGISTRATION FOR BM1114A

Please register your group name and members HERE....

Tuesday, October 19, 2010

SMK Pelong, UiTM jalin hubungan @ http://www.sinarharian.com.my/terengganu/content/story8279155.asp



SETIU – Eksplorasi Minda Tradisi ialah wadah terbaik menjalin hubungan antara warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Kuala Terengganu dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelong, Setiu.

Pengurus program, Tengku Ahmad Syahmi Tengku Sulaiman berkata, program bermotifkan permainan tradisional itu bertujuan memperkenalkan tradisi Melayu yang kian luput ditelan zaman kepada pelajar Tingkatan Lima SMK Pelong.

Menurutnya, seramai 27 penuntut UiTM dan 85 pelajar SMK Pelong menjayakan program itu yang diadakan di sekolah tersebut.

Katanya, selain membangkitkan kembali tradisi Melayu, ia mendedahkan pelajar kepada dunia kampus dan memberi motivasi untuk belajar bersungguh-sungguh.

Paling menarik, turut diselitkan slot Selangkah ke UiTM yang dikelolakan pensyarah selaku penasihat Program Eksplorasi Minda Tradisi, Syahrul Hezrin Mahmud.

Syahrul berkata, slot itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar Tingkatan Lima yang bakal melangkah ke alam universiti termasuk UiTM selain turut diselitkan aktiviti Senam Seni 1Malaysia yang menggabungkan tarian pelbagai kaum di negara ini.

Sementara itu, pada Latihan Dalam Kumpulan (LDK), pelajar diberi peluang beramah mesra bersama fasilitator dan penuntut UiTM Kuala Terengganu.

Antara pengisian slot itu ialah puzzle bisu, pekak badak dan kotak beracun yang mana permainan minda tersebut bertujuan mengasah minda pelajar agar kreatif dan mampu berfikir di luar kotak.

Aktiviti eksplorasi adalah kemuncak program yang mana pelajar terlibat diperkenalkan dengan permainan tradisi seperti tarik upih, teng-teng dan 'batik vs sarung'.