Friday, October 22, 2010
Tuesday, October 19, 2010
SMK Pelong, UiTM jalin hubungan @ http://www.sinarharian.com.my/terengganu/content/story8279155.asp
SETIU – Eksplorasi Minda Tradisi ialah wadah terbaik menjalin hubungan antara warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Kuala Terengganu dengan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelong, Setiu.
Pengurus program, Tengku Ahmad Syahmi Tengku Sulaiman berkata, program bermotifkan permainan tradisional itu bertujuan memperkenalkan tradisi Melayu yang kian luput ditelan zaman kepada pelajar Tingkatan Lima SMK Pelong.
Menurutnya, seramai 27 penuntut UiTM dan 85 pelajar SMK Pelong menjayakan program itu yang diadakan di sekolah tersebut.
Katanya, selain membangkitkan kembali tradisi Melayu, ia mendedahkan pelajar kepada dunia kampus dan memberi motivasi untuk belajar bersungguh-sungguh.
Paling menarik, turut diselitkan slot Selangkah ke UiTM yang dikelolakan pensyarah selaku penasihat Program Eksplorasi Minda Tradisi, Syahrul Hezrin Mahmud.
Syahrul berkata, slot itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar Tingkatan Lima yang bakal melangkah ke alam universiti termasuk UiTM selain turut diselitkan aktiviti Senam Seni 1Malaysia yang menggabungkan tarian pelbagai kaum di negara ini.
Sementara itu, pada Latihan Dalam Kumpulan (LDK), pelajar diberi peluang beramah mesra bersama fasilitator dan penuntut UiTM Kuala Terengganu.
Antara pengisian slot itu ialah puzzle bisu, pekak badak dan kotak beracun yang mana permainan minda tersebut bertujuan mengasah minda pelajar agar kreatif dan mampu berfikir di luar kotak.
Aktiviti eksplorasi adalah kemuncak program yang mana pelajar terlibat diperkenalkan dengan permainan tradisi seperti tarik upih, teng-teng dan 'batik vs sarung'.
Sunday, September 5, 2010
BLOG REGISTRATION......
Your registration must consists of Blog Name, Group Name, Group Members and Type of Products
TQ
Selamat Hari Raya........
Untuk kesekian kalinya....Ramadan bakal melabuhkan tirainya...Syawal bakal menjelma....
Kanak-kanak merupakan golongan paling bergembira menyambut Aidilfitri...
Namun begitu...janganlah kita lupa pada mereka yang kurang bernasib baik...hulurkan bantuan sekadar yang termampu...
Selamat Menyambut Aidilfitri....Maaf Zahir & Batin....
Thursday, August 19, 2010
AIR TEBU....
Berapa harga air tebu ? sehingga ke saat ini majoriti penjual di Kuala Terengganu masih menjual dengan harga RM 1 satu gelas. Ada juga yang menjual dengan harga RM 1.50 tanpa ais.
Bagi saya...setakat ini air tebu yang paling best ialah di Kg. Losong di tepi jalan sebelah kiri menuju ke Taman Tamadun Islam...setakat ini rasanya masih lagi konsisten.
Kalau mengikut penampilan air tebu di atas...ianya juga boleh dikatakan mempunyai rasa yang hebat.
Wednesday, August 18, 2010
Tuesday, August 10, 2010
NEKBAT
Saya mengenali Nekbat semenjak dari kecil lagi...namun begitu generasi baru kian melupakannya.
Penyakit Kencing Tikus (Leptospirosis)
- 1) Pekerjaan yang terdedah kepada persekitaran - misalnya petani, peladang, tentera, pesawah, pekerja sistem pembetungan atau doktor haiwan.
- 2) Aktiviti rekreasi seperti berenang dalam air yang dicemari bakterium leptospira atau berkayak.
- 3) Terdedah kepada peralatan di rumah yang digunakan untuk penyembelihan, peliharaan anjing atau makanan yang digigit binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
- 1) Leptospirosis tiada gejala yang khusus.
- 2) Umumnya masa pengeraman kuman itu di antara dua hingga 26 hari.
- 3) Pada peringkat awal ia akan membuat tubuh menggigil dan demam. Gejala ini membabitkan 75 - 100 peratus pesakit.
- 4) Batuk tidak berkahak ( 25 - 35 peratus pesakit)
- 5) Loya, muntah, cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak, sakit perut. Bagaimanapun ia gejala yang kurang berlaku
- 6) Radang selaput mata
- 7) Antara tujuh hingga 40 peratus pesakit mungkin mengalami sakit otot, limpa atau hati membengkak, bengkak kelenjar, otot mengeras dan ruam. (Sumber - Infosihat.gov.my)
INFO: Leptospirosis
- Jangkitan penyakit yang disebabkan bakterium.
- Menjangkiti manusia melalui pendedahan terhadap air kencing atau tisu haiwan yang dijangkiti
- Progres dalam dua fasa tanpa simptom khusus.
- Boleh didiagnos melalui darah, air kencing selain menggunakan ujian antibodi.
- Pencegahannya termasuk elakkan mengunjungi kawasan yang ada air bertakung terutama di kawasan iklim tropika.
Berdasarkan kepada sedikit info yang dibentangkan di sini..sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada kita semua tentang bahaya dari penyakit ini. Kementerian Kesihatan Malaysia juga telah mengarahkan kepada agensi yang berkenaan tentang status WAJIB LAPOR jika berlaku kes ini sebagaimana yang telah dilakukan untuk kes DENGGI. Semoga penyakit ini tidak terus merebak dan menjadi satu lagi malapetaka kesihatan sebagaimana wabak H1N1 sebelum ini.
Monday, August 9, 2010
RAMADHAN DATANG LAGI
Sama-samalah kita berdoa agar insiden kemalangan yang melibatkan mercun dapat di hindari kerana yang pastinya pihak hospital tidak perlu dibebankan dengan permasalahan ini di kala mereka berhempas pulas untuk menangani kes-kes lain yang semakin meningkat.
Akhir selamat berpuasa...semoga puasa kita semua akan mendapat ganjaranNya.
Sunday, August 1, 2010
PERLU BOIKOT KEDAI MAKAN ?
Kita kadang-kadang diperlekehkan oleh peniaga dengan memberi perkhidmatan yang tidak efisien, terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan makanan, malah terpaksa menunggu lama untuk membayar harga makanan. Kenapa perkara ini berlaku? tepuk dada, tanya selera......
PROGRAM TANPA ATURCARA
Sunday, July 18, 2010
PERLUKAN PENGHAYATAN WARGA UiTM
Dari sebuah dewan latihan pada 1956 dan kini menjadi salah sebuah universiti utama negara, sudah banyak perubahan yang berlaku kepada universiti ini, namun falsafah asalnya masih sama dan tidak berubah.
Universiti ini masih percaya bahawa anak-anak Melayu dan bumiputera kita, di sebalik latar belakang kekurangan dan kemiskinannya, jika diberi peluang untuk belajar, mereka mampu untuk bersaing dengan mana-mana kaum, dan mampu mengubah nasib keluarga mereka serta destini bangsanya.
Dalam sejarah 54 tahun itu juga, UiTM telah melahirkan hampir 400,000 graduan yang kini mengisi keperluan tenaga profesional di seluruh pelosok negara. Ramai juga yang telah berjaya menjadi peneraju kepada industri di dalam mahu pun di luar negara.
Sewaktu para graduan ini menjadi pelajar, soal keselesaan tempat tinggal dan keenakan makan minum bukanlah menjadi utama mereka, begitu juga ia bukan agenda utama universiti. Apa yang diutamakan ialah graduan yang dilahirkan adalah berkualiti, penuh keinsafan tentang keperluan bangsanya serta mampu berdikari dalam kehidupan masing-masing.
UiTM telah membuktikan, walaupun dalam kekurangan tempat tinggal yang selesa, kualiti graduan yang dikeluarkan adalah bermutu tinggi. Justeru, saya agak risau apabila ada segelintir ibu bapa sekarang yang merungut secara terbuka tentang ketidakselesaan tempat tinggal anak mereka semasa belajar di UiTM.
Namun, bagi pihak pengurusan UiTM, kita memang telah menjangka akan timbulnya rungutan sebegini. Ini adalah kerana, di dalam usaha UiTM mempercepatkan penambahan cerdik-pandai bumiputera, banyak pihak terpaksa berkorban keselesaannya.
Berdasarkan pencapaian UiTM selama ini pihak kerajaan telah memberi kepercayaan penuh kepada universiti ini untuk meningkatkan enrolmen pelajar melebihi 200,000 orang menjelang 2015. Jumlah terkini pelajar UiTM adalah 172,000 orang yang kini belajar di seluruh sistem UiTM di setiap negeri. Walau pun pelajarnya ramai, pihak ibu bapa tidak perlu risau tentang kualiti pendidikan anak-anak mereka kerana UiTM tidak akan sekali-kali mengabaikannya.
Secara umum dan kasarnya, jika dibanding pelajar dahulu dan sekarang, keselesaan pelajar-pelajar dahulu memang lebih teruk dan daif, tetapi mereka berjaya dalam pencapaian akademik mereka.
Pada pandangan saya, kejayaan seseorang dalam suasana serba kekurangan itu akan lebih bermakna jika berbanding dengan sesuatu pencapaian yang didapati dalam suasana mewah dan mudah.
Apabila seseorang graduan UiTM yang kini telah berjaya menoleh ke belakang ia akan menghargai pahit getir yang pernah dilaluinya. Mereka akan menjadi seorang insan yang bersyukur. Insya-Allah, jika kita semua bersabar dan berpandangan positif, segala susah payah itu jugalah yang akan menjadi pengajaran berguna kepada mereka yang mahu belajar.
Kita sedar, perubahan telah banyak berlaku. Pihak pengurusan UiTM dan ibu bapa berkongsi hasrat yang sama iaitu mahukan siswa-siswi kita mempunyai suasana tempat tinggal dan juga pembelajaran yang sempurna. Kesusahan yang dialami kini hanya bersifat sementara, kerana usaha berterusan sedang dijalankan untuk menambah kemudahan, terutamanya penginapan di seluruh sistem UiTM.
Pihak UiTM tidak menafikan wujudnya kesesakan terutamanya pada minggu-minggu pertama pengajian. Tujuan UiTM memaksimumkan pengajian pelajar untuk tinggal di kolej-kolej kediaman adalah untuk meminimumkan jumlah pelajar menyewa di luar kampus.
Dalam suasana kesesakan kampus seperti di UiTM, ibu bapa mesti sedar yang kemudahan yang diberi adalah percuma. Maka itu kita janganlah terlalu cerewet tentang sedikit kekurangan yang mungkin timbul. Malah kita perlu bersyukur kerana masih ramai siswa yang tidak mendapat tempat.
Saya mengesyorkan agar ibu bapa yang mampu menyewa rumah di luar kampus untuk anak-anak mereka untuk berbuat demikian. Ini adalah supaya pihak UiTM boleh memberi tempat yang kosong itu kepada pelajar-pelajar yang amat memerlukan.
Dalam pengamatan dan pengalaman saya menguruskan sebuah universiti seperti UiTM ini, ramai orang kita yang lupa tanggung jawab kita bersama sebagai orang Melayu. Dalam keadaan kita senang, kita lupa akan keperluan orang lain dan kita lebih mementingkan diri sendiri. Perasaan sebegini mestilah dihapuskan.
Orang Melayu mesti sanggup berkorban demi untuk pembangunan bangsanya. Kita perlu bersatu dalam banyak hal. Orang yang berada mesti bantu yang berkurangan agar bangsa kita akan sama-sama naik mencapai puncak kecemerlangan.
Ibu bapa juga mungkin tidak menyedari yang peranan UiTM bukan sekadar mendidik pelajarnya sahaja. Sebaliknya tujuan yang tersirat pula adalah untuk meramaikan golongan berpendidikan tinggi dari kalangan kaum bumiputera di negara sendiri.
Mungkin ibu bapa juga tidak sedar bahawa hanya 30 peratus daripada jumlah pelajar yang memasuki universiti di negara ini terdiri dari kaum bumiputera. Cuba bayangkan jika tiada UiTM ini, atau jumlah pelajar yang diambilnya diperkecilkan, apakah yang akan terjadi kepada anak-anak bangsa kita?
Maka itu, janganlah kita lupa siapa kita dan siapa bangsa kita.
"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Itulah slogan yang sentiasa dipegang dan dijunjung oleh pengurusan UiTM.
Kerana mendahulukan rakyat, UiTM mengambil ramai pelajar agar lebih banyak peluang diberikan kepada pelajar-pelajar Melayu dan bumiputera yang telah lulus dengan baik di peringkat SPM/STPM/Diploma.
Seandainya UiTM mengurangkan pengambilan pelajar maka terjejaslah peluang pengajian tinggi kepada anak-anak Melayu dan bumiputera. Perlu diingat bahawa kewujudan UiTM ialah untuk memberikan pendidikan agar bangsa Melayu dan bumiputera berada pada kedudukan ekonomi yang seimbang dengan bangsa-bangsa lain. Kerana itulah, UiTM seboleh mungkin menawarkan tempat kepada mereka untuk menimba ilmu.
Mundurnya bangsa Melayu ialah kerana kita tidak bersatu, bukan kerana tiada tempat untuk tinggal. Kita tidak mahu melihat ada bangsa Melayu sendiri yang tidak mahu melihat lebih ramai anak bangsanya berjaya bersama UiTM.
Saya berharap, pelajar-pelajar yang mendapat tempat belajar di UiTM, belajarlah dengan bersungguh-sungguh, kerana pencarian ilmu saudara-saudari adalah satu perjuangan mengubah destini anak bangsa.
Sunday, July 11, 2010
Wednesday, June 30, 2010
Biskut Ssaneh...????
"Ssanneh if I remember correctly is a very sweet kueh or cookie which melts in the mouth."
Welcome......
welcome again to existing students...
Welcome to my MGT300, MKT310 and MKT361 class...
All the best to you all in this semester...
Thursday, April 15, 2010
GOOD LUCK....
Wish u all GOOD LUCK in coming final exam...
May ALLAH bless u all...
Do all the BEST and the SUCCESS will be yours..........
Tuesday, April 13, 2010
Tahniah............
Wan Ahmad Farid (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada Nur Ain Insyirah Syahrul Hezrin,6, yang diumumkan sebagai penerima Anugerah Kanak-kanak Cemerlang Tabika Kemas Parlimen Kuala Terengganu
Sunday, April 11, 2010
SLANG TERENGGANU..................2
Lepah ambék minyök kat stèsèng Èso depang hötè Permaa Ing, Mat Ppayang pung slo-slo bawök khete hale ke Marang. Kalu orang alik Marang, berahi sungguh kate Maraang num, kedaa buloh!
Mamat nop tuju hale ke Marang tu bukannang ape. Cume die nöp traa laju tare mane khète nim. Orang putih kate macang test drive lah könöngnye. Pelèk jugöp Mat Ppayang nim. Orang traa sebelung beli, die traa lepah pade beli.
Sapaa di trapik lait sipang masjid terapung kat Kuale Ibaa, lapu trapik warne mèröh. Sementare tunggu lapu tukkö warne ijaa, Mamat kheling kiri kanang tèngök khète laèng banyok ke dop. Pèsèngang linang mölèk tu. Mase tu lèwat döh tèkpong, Mamat tèngök jang dalang puko 1 pagi.
Mase nöp naèk jambattang Kuale Ibaa, Mamat kheling ke kedaa ikang bakö Pök Hamid bawöh tu. Berase lapö göp, tapi ök dulu, sebab nök traa tèngok khète nim laju ke döp. Hale balik kèkgi bulih singgöh. Lepah trapik lait sipang ke Tamang Perming Jaye, Mamat pung perèh minyök sungguh dèh – sapaa sutuk kaki die nye tekang. Mètaa naik sapaa 110km tu! Orang jamang lenim kate baru cool, Mamat mari mmikir ssörang. Imboh sunggöh terik nim.
Döp dang sapaa balaa pölih Cendering, jerènggèng rok blök hök JPJ wat sekali dengang pölih. Mbék nöp sangat. Cool duane hape duane. Bile Mamat tèngök rok blök nye berèk berrakak. Pölih muda tu pakat konstabel, baru kena posting minggu lepah ke bahagiang trapik. Naséb baik dia orang Bukit Bading. Dekat sikit boléh berulang. Gaji pertame pung döp léh lagi. Hök nim pung öperasi hök dia wat mule-mule skali. Capur same pucat dengang orang hök kene tahang. Mamat tengöh cari jalang care mane nöp pelepah ke diri nim.
Die tanye Mamat, “lèsèng cik? Nim lebih had laju parök bedö’öh nim.”
Mamat jawak, “saye tak dop lèsèng starang.”
“Acu tubék dari khète.” Mamat pung tubék.
“Khète sape ni”? pölih tu tanye Mamat.
“Saya baru curi kemarèng,” Mamat kate, muke die ssikit döp beruböh, sading je.
Pölih mude tu pènik dengang muke pucat kesi. Tapi tebèng jugöp tanye Mamat, “mari duane nim?”
“Mari Pasir Putih, bawök berah siang 5 guning dengan rökök gudang garang 60 duh. Ade dalang bönèt belakang khète tu,” Mamat kate.
Mamat tèngok pölih mude tu peloh rejak kat pipi, titik tak tak tak. Malang-malang pung peloh nim! Pölih tu belari gi kat boh die. Mamat napök ralik ngat duduk cakak dengang boh die. Mamat bang dengö ape pende hök die polih tu kabör ke böh die. Bunying belake, berah dengang rökök seluduplah, khète curi lah, tak döp lèsèng lah.
Inspèkte tu mari jembe ke Mamat. “Mung tak döp lèsèng?” die tanye.
Mamat pun wat tubék bég pitih die, ambék lèsèng die nye wi ke Inspèkte tu. Jerènggèng tulih “B2” dengang “D” kat lèsèng die. Hèrang.
“Khète nim mung curi?” Inspèkte tu tanye Mamat.
“Döp ah tuang, saya baru beli petang saknim kat kedaa depang jabbat amnö Gong Kappah. Ning töh gerang die”. Mamat pung ulo gerang khète tu. Inspèkte tu hèrannang. Guane pulop ginim.
“Acu mung buke bonèt aku nop tengok.”
Mamat pung gi alèk belakang Prötöng Sagaa tu ambèk anök kuci buke bönèt. Inspèkte tu jengök muka die tengök tak döp mende starang dalam bönèt tu. Kösöng. Lege macang suraa. Tak döp mende satu saa harang! Hèrang lagi!
Inspèkte tu napök macang pelèk sikit muke die. “Aku hèrang. Sakning budök aku kata mung tak döp lèsèng bawök khète curi hök ade barang seludup dalang.”
Mamat pung jawak dengang penoh control macho, “Herang ape tuang, budök tu kuat leböng tu, pale haliang tu tuang. Mesti dia kabö ke tuang könöng-könöng saya bawök laju saknim tu..... saye döp bawök laju starang tuang!”
Pèsèngang lepah nim ade orang kene tukö jage lokap döh pèsèngangnya!
karya: DWAF
Thursday, April 8, 2010
Ekspo Selangkah ke UiTM 2010
Pelajar bijak cenderung mengambil dadah sintetik?
Tuesday, April 6, 2010
SLANG TERENGGANU..................
Mamat PPayang pun susoh hati dengor mok dia wat cakap bellah sokmo. Kang kang bellah. Kang kang bellah. Nok sangat dia tu bbining, kheja ada doh, motosika baru beli . Masaalohnya, calung dop jupa cari lagi nim! Dulu ada doh sorang, nama Minoh, tapi baru minggu lepah Minoh ttunang dengan anok D.O.! Minoh tu kheja buat tak dop, massök gulaa ke, singgang ke, dop pandaa starang. Tapi sebab ada muka sikit, tubuhhang pung molek ramai la orang nop ngorat. Sudohhang boleh ke anok D.O.
Duduk biraa pataa Batu Buruk, Mamat pung nengung ssorang. Air jagung ddalang supék duduk tangang, nok minum brase dok slera lasung. Pegang jugok, pegang jugok. Betullang supék air capur bocor, Mamat pong tapu dengang tapök tangang. Titik molek tak tak, Mamat brasa belengah tapök tangang. Nyer kesat atah seluor jean hok dekat 3 minggu dop basuh.
Tengoh-tengoh kesat tapök tangang hok belengah tu, betullang nnitah sorang napök macang anök dara kat blakang kedaa A & W tu. Pesengang boleh tahang, Mamat duk mmikir ssorang. Comel pada Minoh nim! Mamat jenih dop malu, dia peseng beraning tanya orang. Kalu nnakut, sapaa ke tua la aku dop bbining, Mamat mari mmikir sediri-diri.
“Dik!”, Mamat panggil ke budök ppuang tu. Budök ppuang tu pakaa baju kurung warna samö, ppaling dok starang ke Mamat. Senyung manih lleting! Mamat dop kira banyok, nyer bikah bangung cegat gi jemba ke budok tu.
“Dik duduk kat-kat nim ke?”, Mamat tebèng tanya. Budok tu cakat luor dop starang. Dia kabor ke Mamat dia kheja jadi pakar sakit jiwa kat spita dekat tu. Spita besö tu! Mbek nop sangat, Minoh tak mboh kat ku sangat, specialist nim comel lote, molek-molek ada minat kat ku! Mamat pun bbadi tukkö nömbö talipung dengang budök tu. Dop dang 10 minit, nyer pisoh mitök nömbö talipung. Pesengang budök tu nop jugok ke Mamat, sebab derah jer wi nömbö talipung dia. Nama dia Seripoh. Boleh tahang!
Seminggu doh senyap supi Mamat jadi gelisoh. Talipung pat lima nang kali dop jawab starang Seripoh. Ke nyer kècèk aku, Mamat mari telitah dalang ppala dia. Nyer wat beraning gi spita besö. Mamat tanya kat pendaftarang ada dop nama Seripoh specialist sakit jiwa? Betullang drebar ambulang nama Liyah kawang Mamat kat skoloh dulu ada situ. “Mung wat menda ssining Mamat?” Liyah tanya. Mamat pong cerita panjang lèbor.
Lepah dengo cerita Mamat, Liyah pung senyung sengèh. “Mung kena kècèk doh Mat. Aku jjuper sökmö budök ppuang tu, kadang-kadang nyer mari nnèttè sinning. Lambat jjuper orang llaki nyer senyung ngata riti! Aku brase Mat, budök tu bukannang pakar sakit jiwa. Hok dia kabö ke mung tu separuh jer beto.. dia bukang pakar Mat, tapi dia sakit jiwa!”, Liyah kata.
Mamat pung koho-koho beredo lah dari spita. Pesengang lambat lagi dia boleh bbining. Dalang ati gelepö tak dop aroh lah. Galök ngat doh doh nop bbining! Siyyang ke Mamat! Pesengang malang nim Mok Lijoh blèbèr lagi lah ke Mamat!
karya: DWAF
Dr Fazley beri ceramah di UiTM Kampus Kuala Terengganu
Lebih 1,000 pelajar baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kuala Terengganu tidak melepaskan peluang untuk mendengar ceramah motivasi yang disampaikan penceramah dan juga penyanyi, Dr. Fazley Yaakob baru-baru ini.
Sepanjang ceramah selama tiga jam di kampus Chendering, Kuala Terengganu itu, para pelajar didedahkan dengan latihan kendiri serta cara-cara belajar dengan berkesan sebagai persediaan mereka menempuh hidup di kampus.
Di samping itu, peserta turut berpeluang beramah mesra selain dihiburkan dengan sebuah lagu oleh Fazley.
Monday, March 29, 2010
Trefound Educare Workshop
Herewith, the Itinerary of the workshop :
Saturday, March 27, 2010
DEMI MATAHARI ianya bukan sekadar lagu...
Munsyid : Snada
http://liriknasyid.com
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah
Start Making Money - Email from Amazon.com
We noticed that you were accepted to the Amazon.com Associate Program several weeks ago but have yet to refer a sale. Here are a few quick and easy steps to help you get started:
1. Build a variety of links with the click of a button:
https://widgets.amazon.com/?category=ClassicLinks
2. Use our widgets to show rich interesting content on your site:
http://widgets.amazon.com
3. Build a specialized Amazon store for your site using aStore:
http://astore.amazon.com
4. Visit our Best Practices pages to get tips and ideas to help you sell products and drive traffic to your Web site:
http://affiliate-program.amazon.com/gp/associates/tips/main.html
We hope this information was helpful, and thank you for your participation in our program.
Sincerely,
The Associates Program Staff
Amazon.com Associates Program
https://affiliate-program.amazon.com/
P.S. If you've simply forgotten your password, click below:
http://affiliate-program.amazon.com/gp/associates/login/help.html
Wednesday, March 24, 2010
A Man Behind the SCENE
This is the man who is responsibled on the documentation aspect of " Selangkah Mencorak Kehidupan" Program. Without him...there will be no story and history...
TQ
BLOG REGISTRATION
Please register your blog address, group members and synopsis of the blog under the COMMENT section.
Registration is COMPULSORY
TQ
Sunday, March 21, 2010
Program Selangkah Mencorak Kehidupan
Program Selangkah Mencorak Kehidupan telah berjaya dilaksanakan dengan mencapai objektifnya yang tersendiri. Program anjuran pelajar Kursus MKT 310 ( Principle Of Public Relation) telah diadakan pada 20 Mac 2010 bertempat di Sekolah Tunas Bakti (Perempuan) Marang. Ianya melibatkan kira-kira 20 orang pelajar MKT 310 UiTM Kampus Kuala Terengganu dan 70 orang pelatih sekolah tersebut.
Program sehari ini dimulakan dengan senaman aerobik pada paginya dan seterusnya disusuli dengan aktiviti latihan dalam kumpulan. Secara tidak langsung ianya telah memupuk satu hubungan yang akrab antara peserta dan penganjur. Slot terakhir program adalah melibatkan acara sukaneka dan ianya berjalan dengan penuh keriangan.
Secara keseluruhannya program ini telah berjaya memupuk hubungan yang harmoni antara UiTM Kuala Terengganu dan Sekolah Tunas Bakti. Kehadiran program ini sedikit sebanyak merupakan permulaan "Selangkah Mencorak Kehidupan"
Sekalung-kalung tahniah kepada pelajar MKT 310 yang telah berjaya menganjurkan program ini dengan cemerlang. Semoga pengalaman dari program ini akan menyumbang ke arah kematangan pengetahuan dan pengalaman.
Friday, March 19, 2010
Satu Mercu Tanda Yang Hilang..........
Thursday, March 18, 2010
Wednesday, March 17, 2010
MGT 300 BMD4TA AND 4TB
All the best to you all and I'm looking for the innovative and unique blog from all of you.
The best blog will be benchmarked by next semester students and hopefully this will become our aspiration to excel.
TQ
Monday, March 1, 2010
The Strength of PROTON: A Few Years Ago Review...
THE CONCEPT OF CUSTOMER ORIENTATION
From the perceptive of government (Customer Carter ,Public Civil Services Department 2008 ) customer orientation should follow these elements:
1. Taking immediate actions
2. Accurate in decision making
3. Good customer services
4. Punctual in time
5. Fair in judgment making
6. Services and information are easier obtained and accurate
7. Consistent with the laws, policy and regulation.
The mission of Public Civil Services is “ customer satisfaction is our first priority “. Nevertheless the services provided must beyond the ordinary ( Ismail Alias 2008 ).
According to Periatt et.al., ( 2007 ), employees’ customer orientation has received significant research attention for several reasons. First, customer oriented employees are expected to raise customer satisfaction by delivering outstanding performance. Second, the human resources perspective of internal marketing is based on the premise that creating satisfied and motivated employees is needed for success and organizations should treat each employee as an internal customer. Human resource practices are expected to affect internal customer orientation significantly and positively and managers have been urged to “focus on customer oriented attitudes when hiring new employees”.
Tuesday, February 23, 2010
SOROTAN 2009 UiTM Kampus Kuala Terengganu
Tahun 2009 baru sahaja melabuhkan tirainya dan ianya meninggalkan pelbagai episod yang signifikan mahupun tidak. Dengan menjelmanya tahun 2010, usia kita sudah pastinya akan bertambah dari segi angkanya mahupun dari segi pengalaman yang bakal kita semua tempuhi. Dari sudut UiTMKT, 2010 menandakan usianya telah mencapai 3 tahun. Dalam tempoh 3 tahun ini sudah tentunya banyak aspek yang telah berubah sejajar dengan keperluan senario terkini arus kematangan agenda pendidikan tinggi tanahair.
Untuk melangkah ke hadapan kita juga perlu menoleh ke belakang. Tahun 2009, kita semua membuka lembaran tahun tersebut dengan Program Ramah Mesra bersama dengan Menteri Pengaiian Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khalid Nordin dan turut dihadiri oleh Tan Sri Dato’ Seri Prof. Ibrahim Abu Shah. Majlis ini merupakan majlis perjumpaan warga UiTMKT bersama dengan Menteri serta Naib Canselor yang diadakan pada 15 Januari 2009. Sungguh bertuah warga kampus, kerana tirai tabir tahun lalu dimulakan dengan kunjungan menteri dan pegawai tinggi UiTM. Ianya membuktikan bahawa walaupun kampus ini kecil namun ianya begitu signifikan.
UiTMKT juga pada tahun lalu, telah menganjurkan program berbentuk “Corporate Social Responsibility” CSR berskala besar yang melibatkan komunit setempat melalui penganjuran Program OPKIM: UiTM Masuk Ke Kampung Komuniti Bestari Mukim Kepong Serada pada 14 – 17 Mei 2009 yang melibatkan 80 keluarga dari 19 kampung di Mukim Kepong Serada telah berjaya diadakan.Program ini telah disertai oleh 112 siswa dan siswi UiTM Kampus Kuala Terengganu dan boleh dikatakan sebagai telah mencatat rekod yang tersendiri berdasarkan penglibatan banyak kampung dan peserta.
Di samping itu juga, sempena kedatangan Ramadhan yang mulia, satu Majlis Berbuka Puasa bersama dengan pelajar kelainan upaya dari sekolah pendidikan khas (pendengaran) telah diadakan. Program ini sedikit sebanyak telah menyemai “esprit de corp” sesama kita dan seterusnya menjadikan warga UiTMKT turut sama menyokong usaha jalinan kemasyarakatan melalui penglibatan menyumbang kepada insan yang kurang bernasib baik. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Naib Canselor.
Pada Jun tahun lepas juga kita telah menerima kunjungan rombongan dari UiTM International Center yang di dalam rangka lawatan ke Kampus Terengganu dan Kelantan. Rombongan ini disertai oleh staf dan siswa siswi yang majoritinya dari negara-negara Timur Tengah. Berbagai acara telah diadakan antaranya ialah Majlis Makan Malam dan Persembahan Kebudayaan yang telah menonjolkan kepelbagaian budaya di dalam banyak aspek. Rombongan juga telah di bawa untuk menikmati keindahan alam semulajadi Pulau Kapas. Ramai peserta terharu dengan aspek hospitaliti yang ditunjukkan oleh UiTMKT.
Sempena Minggu Kesedaran Kewangan Bank Negara Malaysia, UiTMKT telah terpilih sebagai venue untuk Seminar Kesedaran Kewangan yang mendapat penajaan sepenuhnya dari Bank Negara. Pelbagai agensi Bank Negara telah memberi pendedahan yang bermanfaat tentang aspek kewangan dan isu-isu semasa berkaitan. Penganjuran seminar ini telah mewujudkan satu jalinan strategik antara UiTMKT dan Agensi – Agensi Bank Negara.
Sebenarnya dalam konteks penganjuran program, program yang dianjurkan oleh UiTMKT telah berjaya membawa pelbagai impak yang positif kepada warga UiTMKT dan juga komuniti setempat. Banyak program telah dianjurkan pada tahun lepas, samada anjuran HEA, HEP, Persatuan Pelajar, Unit dan sebagainya. Secara keseluruhannya, ianya telah membawa satu anjakan yang positif dari segi imej mahupun sasaran program itu sendiri. Semoga tahun 2010, pelbagai program berimpak besar dapat dianjurkan serta dijayakan demi merealisasikan hasrat menjadikan UiTM signifikan dikalangan masyarakat.